Search This Blog

Wednesday 6 November 2013

MENUNGGU DUIT PTPTN !






Assalamualaikum.....hyeeeeeee, huwahhhhhhh lamanya reen tak muncul kat sini kan. Macam dah lama jee...macam dah rindu jeee..aihhhh,macam  nak penampar jeee, hhahah. Demam kegedikan melanda untuk bulan nie. Hahah. Okay...sekarang nie kita bukan nak cerita pasal video gedik tu okay, insyaAllah itu untuk next episode..hahaha.

Hmmmm, pejam celik pejam celik dah dekat dua bulan lebih reen merantau dekat Sarawak nie. Merantau menjadi student di UNIMAS. Dan pejam celik pejam celik jugak esok lusa nak habis dah untuk sem yang pertama. Masa berlalu begitu pantas kan, rasanya baru semalam aku menangis meninggalkan bumi Johor. Hmmmmm. Beginilah kehidupan.

Bercerita soal kehidupan dekat sini, memang indah. Sangat indah dan dalam masa yang sama sangat menyesakkan. Menyesakkan sebab banyak duit dah ku perabiskan. Huwaaaaa...bila duit PT nak masuk nie. Yang paling dinantikan oleh seorang student adalah duit ptptn..betul tak ?? Apakah ?? Hmmmm, esok bila duit PT dah masuk mulalah nak enjoy..bila duit dah habis kang, haaa baru tahu rasa. Silap silap haribulan, duduk dekat Summer Mall mintak sedekah, takpun dekat The Spring..mewah sikit, hahahah.

Hmmmm, macam macam kan. Tapi kalau macam aku, jangan harap lah boleh enjoy dengan duit PTPTN tu..macam macam benda kena beli. Budak design tech tadi katanya, duit perabis beli barang tuk assignment jelah jawabnya. Tapi takpela, nak berjaya tadi katanya kan. Duit dah banyak habis nie, kalau tak dapat Anugerah Dekan aku tak tahu lah nak kata apa kan. InsyaAllah akan ku dapatkan. Mesti abah n mama aku bangga kalau aku boleh bawak balik anugerah tu. Hmmmm. InsyaAllah, kejayaan akan datang dengan adanya usaha yang berterusan. Betul tak ?? Huhuuuu.

Okaylah, sekian lah cerita untuk duit PT nie. Kalau cerita lebih pun bukannya dapat esok pun duit tu. Lama lagi entahnya. Sampai aku mati kering dekat sini baru nak masuk gamaknya. Hahaha. Okaylah. Cukup lah sampai disini ye. Nanti ada masa terluang lagi reen akan update entri nie lagi..okay ??
Sebelum aku undur diri, macam biasalah..kita manusia harus saling mengingatkan, betul tak. Setiap apa yang berlaku, baik atupun buruk jadikanlah ia sebagai satu pengalaman dalam kehidupan. Berani untuk berubah, berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Setiap langkah dan perjalanan mulakan lah dengan Bismillah, dengan izin Allah perjalanan kita dipermudahkan. Mudah untuk memberi dan mudah untuk menerima segala kebaikan dan dijauhi untuk kemungkaran dan kejahatan. InsyaAllah. Sekian.
WASALAM.... :)

Tuesday 15 October 2013

Jejaka Geli Geli Kolej Bunga Raya UNIMAS


Sebenarnya video nie saje je untuk suka suka. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Watak dalam video nie Reen dan din. Reen tu aku lah, dan Din tu bukan pakwe aku yee sorry. Hahahaah. Actually aku memang suka gila dengan gelagat member aku ni. Nama dia wan, dia lah lelaki first yang aku kenal dekat UNIMAS nie...dia tu memang gila gila. Oleh kerana permintaan dari dia aku dah upload video nie kat youtube dengan nama Jejaka Geli Geli Kolej Bunga Raya UNIMAS. Hahahah. Mengong je kan... Tapi itulah dia wan, kawan aku yang paling gila dan yang paling annoying lah..hahaha.

Video nie agak kontroversi lah bagi aku, sebabnya gambaran video nie mengatakan tentang aku dan din. Gambaran video nie mengatakan bahawa Din adalah pakwe kpda aku. Tapi ohhhh tidak sama sekali, ye aku dgn Din memang rapat....memang rapat gila gila lah. Sampai ada yang kata kami pasangan sweet. Hmmmmm sweet kerrr ?? PEMBETULAN..kami hanya berkawan baik..dia dah macam abang aku kot. Dan yang bestnya muka kami ada iras iras. Macam adik beradik dah..hahaah. Video nie aku ambik masa kiteorang sama sama lepak kat tasik..masa tu baru je balik dari beraya. Dan ada kesempatan angin gila wan tu datang, maka tehasil lah video yang tak disengajakan nie. Dan kerana itu jugalah, berlaku salah faham antara aku dengan amer. Hmmmmm, aku tahu aku yang bersalah. Tapi andainya dia tahu, hanya nama dia je yang bertakhta di hati ni. Hnya Amer Fakhri...tiada din, tiada wan, tiada aidil mahupun adli atau sesiapa lagi. Mereka hanyalah kawan kawan ku di UNIMAS. Sekian. Semoga Berjumpa Lagi. Assalamualaikum. :')


Thursday 10 October 2013

Duit keluar Macam air...huhuuu


Assalamualaikum, holaaa holaaa holaaaaa. Hehehehe. Ermmmmm, lama dah tak update kan..biasalah kehidupan di universiti nie masa tak menentu. Terlalu bz dengan assignment yang melambak lambak tuh. Huuuuu. Arghhhhh..kadang kadang tension pun ada. Tapi itu semua cabaran yang harus ditempuhi. 3 tahun ??? Arghhhhhh...bisa bikin wa jadi gila.

Jauh di tempat orang, jauh dari family..arghhhhh, banyak sangat cabaran dan dugaan. Duit pun asyik keluar je nie, hurmmmm. Biasalah perempuan, tak reti nak berjimat. Tapi aku bukannya beli benda tak berfaedah, beli barang untuk menyumbat perut aku nie dari mati kelaparan wehhh. Hahahah. Duit PT pun lambat lagi nak masuk. Tapi alhamdulillah, permohonan pinjaman aku berjaya..tapi tak tahu lah amount nya berapa. Hmmmm. Hope cukuplah untuk menampung pengajian selama 3 tahun nie kan. InsyaAllah. Amin.

Saturday 28 September 2013

CORETAN KEHIDUPAN DI SARAWAK manis VS pahit






Assalamualaikum, good morning blogging....ermmmm, lama dah tak update entri nie. Sorry lah, bukan sebab bz je tapi malas rasa nak update natang nie..kehilangan mood bila ada orang asing cuba cuba nak stalker kita. Cewahhhhh..heeee. Apa apa pun, IM BACK BABY !!!! Diam tak diam dah dekat sebulan aku jadi orang sarawak nie kan. Huhuhuuuuu. Jadi orang Kota Samarahan Kuching Sarawak nie memang menyeronokkan, tapi dalam pada masa yang sama sangat sangatlah  menyedihkan. Hmmmmm. Biasalah bila seorang anak gadis yang manja kena hidup berdikari dekat tempat orang, jauh dari family. Sesungguhnya ia satu cabaran yang sangat tinggi. Tak apalah...sebenarnya situasi nie banyak mengajar aku dan membuka mata aku tentang erti sebenar kehidupan.

Dah tengok kan pic yang kat atas tu. Awek sapelah tu kan...comey benor. Hahahah. Ok, sekarang bukan nak cerita yang empunya sedang berposing tu, abaikan je dia...dia tu memang kalau jumpa camera camtu lah jadinya..bajet je lebih..kononnye cun sangat ler tuh. Huuuuuu. Ok stop. Cantik kan pemandangan kat dalam pic tu. Cuba korang teka...tempat tu kat mana sebenarnya. Mesti tak tahu kan...sebab korang tu jakun tak pernah datang kuching. Hahahahah. Gurauan berbisa. Actually, kalau korang datang ke kuching nie memang tak sempurna lah percutian korang kalau tak singgah ke tempat nie. Nie lah namanya waterfront. Kalau sesiapa yang asal dari Muar AKA Muo tuh, tempat nie lebih kurang macam Tanjung Mas lah. Tempat famly berkumpul hujung minggu...dan yang paling best, kat sinie lah tempat anak anak muda ber-DATING. Hukhukhukhuk. Kesian anak anak muda kita. Banyak yang jauh tersasar dari landasan sebenar. Ngeeeeeee. Tu peringatan tu. Ok. Berbalik pada cerita kita yang tadi...waterfront nie destinasi wajib bila korang singgah kat bandar kucing nie taw. Huuuuu..dan bangunan cantik kat belakang tu lah namanya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Cantik kan ??? Nie korang baru tengok kat dalam pic, kalau korang datang sendiri kat sinie mesti korang teruja gila untuk meneroka keindahan tempat tempat menarik kt Sarawak nie. Dan korang boleh rasakan momentum momentum yang indah bila berada di sinie. Huuuuu.

Sarawak nie negeri kaya sebenarnya. First time aku datang sinie, aku tertanya tanya...betul ke apa yang aku nampak nie. Korang tahu apa yang aku nampak ??? Mesti korang nak tahu sangat sangat kan. Ok, tahun depan baru aku cerita k. Hahahah. Ceritanya begini ye anak anak, first time kot aku nampak round board yang besar gila macam padang bola sepak ada dekat sinie. Haaaa...kalau kat semenanjung kau hado...takdo kan. So diam diam, hahahaha. Tapi mewah gila kot..siap boleh bina banglo sejibik kat tengah tengah. Sorry bukan sejibik tapi sebijik, hahahah. Bahasa anak muda sekarang kau kena paham. Kamilah perosak bahasa, weeeeeee. Haaaaa...macam tulah ceritanya, memang terbukti Kuching Sarawak nie bandar kekayaan. Kalau korang tengok kat tepi tepi jalan tuh, rumah semua besar besar..banglo dua tiga tingkat, nak yang besar macam istana pun ada kau..huuuuu. Aihhhhhh, kalau nak disimpulkan pengalaman berada kat tempat tempat di negeri Sarawak nie memang banyak, dan kalau nak diceritakan semuanya...sampai aku graduate pun tak sudah sudah ceritanya. Hahahah.

Tapi itu kemanisannya sepanjang berada di bumi kenyalang nie. Adat lah kita sebagai seorang manusia, dalam manis ada pahitnya...dalam madu ada racun berbisanya. Cewahhhhh..hahah. Hmmmmmm...pahitnya bila terpaksa berada jauh dari pandangan mata ibu dan bapa. Memang lah ada yang kata seronok sebab bebas. Tapi bagi aku apa maknanya bebas kalau perlu berada jauh dari mama dan abah. Mama....abah.....adik rindu, hmmmmm. Rasa macam nak balik Johor sekarang jugak. Tapi demi tuntutan tanggungjawab untuk menuntut ilmu, aku tahu dan aku sedar aku perlu terus cekalkan hati dan terus bina semangat untuk menempuhi ranjau kehidupan bersendirian merantau di negeri orang. Pengalaman mengajar kita erti kecekalan. Pengalaman pahit sebagai seorang student bila kena halau dengan lecturer daripada kelas, pengalaman tu aku dah lalui sepanjang bergelar siswi UNIMAS. Itulah pengalaman pertama aku, dan selepas daripada itu aku berusaha untuk tidak mengulangi perkara yang sama. Tapi tu semua perkara biasa sebagai seorang pelajar universiti. Hukhukhuk...tak pe, itu pengalaman berguna. Sentiasa belajar dari kesilapan dan jangan pernah mengulangi sebuah kesilapan yang serupa..betul tak..heeeeee.

Hmmmmm, ok lah. Rasanya cukup sampai disini coretan berguna aku nie. Berguna ke. Hahahah. Kira berguna jugak lah, sebagai panduan hidup..heheheh. Ok lah...sebelum aku mengundur diri. Sentiasalah aku nak mengingatkan diri aku sendiri terutamanya. Setiap langkah yang kita lalui, apa pun yang kita lakukan, dan dimana pun kita berada sentiasa ingat kita sebenarnya menumpang dibumi Allah, dan lakukan lah setiap benda tu dengan seikhlas hati kerana Allah swt. Tawakaltualallah...insyaAllah kita akan memperoleh keberkatan. Amin..InsyaAllah. Sekian Wasalam. Assalamualaikum... :)

Wednesday 28 August 2013


Assalamualaikum....
Haloooooo there, im back ! Hahahaha.. Wassup guys, did you miss me ?? Of course not..right ? Its okay.. Do i care..hhahah. Ok laaa...first of all aku nak mintak maaf sesangat sebab baru arinie aku berkesempatan nak update entri nie, dah lama ku tinggalkan..dan aku rasa memang dah berhabuk dah pun nie, penat mak nak membersihkannya..hahah. Apa apa jelah cik reen oi. Selama aku tinggalkan korang ni kan banyak benda berlaku kat aku taw. Hurmmmm, kalau nak cerita sampai esok pagi pun tak sudah nie. Tapi takpela, malas mak nak cerita sebenarnya, sebab yang terjadi semuanya sedih sedih belaka. Macam mana tahap sedihnya pun aku tak tahu lah, tapi memang sedih gila la aku habaq kat hang. Tak cerita macam mana nak tahu sedih ke tak sedih, betul tak ?? Apa da.. Dah lah, aku pun malas nak ingat..lepas satu..satu. Biarlah, benda tuu pun dah berlalu. Huuuuuuu.

Hurmmmm, sekarang ni aku tengah menghitung hari. Menghitung hari untuk apa ???  Untuk jadi tunangan orang. Haaaaa...jauh lagi tu. Menghitung hari untuk terbang ke sarawak la, menunggu hari tuk jadi siswazah UNIMAS. Huuu. Alhamdulillah. Nie semua hadiah untuk parents aku, untuk mama abah dan abang yang banyak mendorong dan bagi aku semangat. Dan dalam pada masa yang sama aku sedih nak tinggalkan diorang semua, sedih nak tinggalakan kampung, sedih nak tinggalakn kawan kawan, sedih nak tinggalakn kenangan kat bumi muar ni. Lagi sedih nak tinggalakan parents aku, lagi lagi mama..aku memang manja gila dengan mama, boleh kee aku hidup jauh tanpa mama ?? Tapi tu lah pengorbanan yang harus aku lakukan. Tapi takpe. Dunia kan sekarang dah canggih. Semuanya di hujung jari, kalau rasa rindu boleh call..message ke.. Sekarang tak macam dulu, payah payah nak hantar surat bagai..ye tak..huuuu.

Hmmmmm, semakin dekat dan hampir..semakin gementar pula rasanya. Gementar ehhh ?? Poyo jee ayat. Hahahah. OK lah, rasanya cukup sampai disini..aku nak chow dulu. Penatlah weiii nak menaip..huuuu. Jaga diri, jaga peribadi...salam ukwah dari reen...
Assalam.... :D

Friday 23 August 2013






Assalamualaikum...
Hyeee selamat malam korang, aihhhh...muka aku lagi. Hahahah. Lantaklah ni blog aku, suka hati aku la nak muncul bila masa pun..huuu. Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati keindahan malam ciptaan Tuhan. Malam ni aku rasa dingin sangat, bila melihat bulan dan bintang yang menghiasi ruangan galaxy, hati aku jadi tenang sekali. Besarnya Anugerah Sang Pencipta kepada HambaNYA. Sedangkan kita selalu leka dan alpa dengan nikmat dunia. Subhanallah.

Setiap hari aku mencuba untuk menjadi yang terbaik, menjadi Hamba Allah yang sempurna...menjadi anak yang solehah..menjadi sahabat dan rakan yang pengasih...menjadi kekasih yang setia. Walaupun diri belum cukup sempurna, tetapi keinginan untuk menjadi yang terbaik sentiasa ada. Kesempurnaan itu akan dikecapi beserta degan niat hati yang suci murni. InsyaAllah.

Doa dan kekuatan menjadi benteng diri untuk terus kuat menghadapi sebuah kehidupan yang penuh dengan liku liku dan cabaran. Aku hanya insan lemah, mencari sebuah kesempurnaan yang datangnya dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan Hamba HambaNYA Alhamdulillah.

Sentiasa muhasabah diri, semoga kita berjumpa lagi di lain hari. InsyaAllah. Byeee... Byeee...huuuu...
Assalamualaikum :)





Assalamualaikum...
Selamat malam semua, alhamdulillah...kita masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan di malam hari.