Search This Blog

Friday 23 August 2013






Assalamualaikum...
Hyeee selamat malam korang, aihhhh...muka aku lagi. Hahahah. Lantaklah ni blog aku, suka hati aku la nak muncul bila masa pun..huuu. Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati keindahan malam ciptaan Tuhan. Malam ni aku rasa dingin sangat, bila melihat bulan dan bintang yang menghiasi ruangan galaxy, hati aku jadi tenang sekali. Besarnya Anugerah Sang Pencipta kepada HambaNYA. Sedangkan kita selalu leka dan alpa dengan nikmat dunia. Subhanallah.

Setiap hari aku mencuba untuk menjadi yang terbaik, menjadi Hamba Allah yang sempurna...menjadi anak yang solehah..menjadi sahabat dan rakan yang pengasih...menjadi kekasih yang setia. Walaupun diri belum cukup sempurna, tetapi keinginan untuk menjadi yang terbaik sentiasa ada. Kesempurnaan itu akan dikecapi beserta degan niat hati yang suci murni. InsyaAllah.

Doa dan kekuatan menjadi benteng diri untuk terus kuat menghadapi sebuah kehidupan yang penuh dengan liku liku dan cabaran. Aku hanya insan lemah, mencari sebuah kesempurnaan yang datangnya dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan Hamba HambaNYA Alhamdulillah.

Sentiasa muhasabah diri, semoga kita berjumpa lagi di lain hari. InsyaAllah. Byeee... Byeee...huuuu...
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment