Wednesday, 6 November 2013

MENUNGGU DUIT PTPTN !






Assalamualaikum.....hyeeeeeee, huwahhhhhhh lamanya reen tak muncul kat sini kan. Macam dah lama jee...macam dah rindu jeee..aihhhh,macam  nak penampar jeee, hhahah. Demam kegedikan melanda untuk bulan nie. Hahah. Okay...sekarang nie kita bukan nak cerita pasal video gedik tu okay, insyaAllah itu untuk next episode..hahaha.

Hmmmm, pejam celik pejam celik dah dekat dua bulan lebih reen merantau dekat Sarawak nie. Merantau menjadi student di UNIMAS. Dan pejam celik pejam celik jugak esok lusa nak habis dah untuk sem yang pertama. Masa berlalu begitu pantas kan, rasanya baru semalam aku menangis meninggalkan bumi Johor. Hmmmmm. Beginilah kehidupan.

Bercerita soal kehidupan dekat sini, memang indah. Sangat indah dan dalam masa yang sama sangat menyesakkan. Menyesakkan sebab banyak duit dah ku perabiskan. Huwaaaaa...bila duit PT nak masuk nie. Yang paling dinantikan oleh seorang student adalah duit ptptn..betul tak ?? Apakah ?? Hmmmm, esok bila duit PT dah masuk mulalah nak enjoy..bila duit dah habis kang, haaa baru tahu rasa. Silap silap haribulan, duduk dekat Summer Mall mintak sedekah, takpun dekat The Spring..mewah sikit, hahahah.

Hmmmm, macam macam kan. Tapi kalau macam aku, jangan harap lah boleh enjoy dengan duit PTPTN tu..macam macam benda kena beli. Budak design tech tadi katanya, duit perabis beli barang tuk assignment jelah jawabnya. Tapi takpela, nak berjaya tadi katanya kan. Duit dah banyak habis nie, kalau tak dapat Anugerah Dekan aku tak tahu lah nak kata apa kan. InsyaAllah akan ku dapatkan. Mesti abah n mama aku bangga kalau aku boleh bawak balik anugerah tu. Hmmmm. InsyaAllah, kejayaan akan datang dengan adanya usaha yang berterusan. Betul tak ?? Huhuuuu.

Okaylah, sekian lah cerita untuk duit PT nie. Kalau cerita lebih pun bukannya dapat esok pun duit tu. Lama lagi entahnya. Sampai aku mati kering dekat sini baru nak masuk gamaknya. Hahaha. Okaylah. Cukup lah sampai disini ye. Nanti ada masa terluang lagi reen akan update entri nie lagi..okay ??
Sebelum aku undur diri, macam biasalah..kita manusia harus saling mengingatkan, betul tak. Setiap apa yang berlaku, baik atupun buruk jadikanlah ia sebagai satu pengalaman dalam kehidupan. Berani untuk berubah, berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Setiap langkah dan perjalanan mulakan lah dengan Bismillah, dengan izin Allah perjalanan kita dipermudahkan. Mudah untuk memberi dan mudah untuk menerima segala kebaikan dan dijauhi untuk kemungkaran dan kejahatan. InsyaAllah. Sekian.
WASALAM.... :)

No comments:

Post a Comment