Search This Blog

Saturday 28 September 2013

CORETAN KEHIDUPAN DI SARAWAK manis VS pahit






Assalamualaikum, good morning blogging....ermmmm, lama dah tak update entri nie. Sorry lah, bukan sebab bz je tapi malas rasa nak update natang nie..kehilangan mood bila ada orang asing cuba cuba nak stalker kita. Cewahhhhh..heeee. Apa apa pun, IM BACK BABY !!!! Diam tak diam dah dekat sebulan aku jadi orang sarawak nie kan. Huhuhuuuuu. Jadi orang Kota Samarahan Kuching Sarawak nie memang menyeronokkan, tapi dalam pada masa yang sama sangat sangatlah  menyedihkan. Hmmmmm. Biasalah bila seorang anak gadis yang manja kena hidup berdikari dekat tempat orang, jauh dari family. Sesungguhnya ia satu cabaran yang sangat tinggi. Tak apalah...sebenarnya situasi nie banyak mengajar aku dan membuka mata aku tentang erti sebenar kehidupan.

Dah tengok kan pic yang kat atas tu. Awek sapelah tu kan...comey benor. Hahahah. Ok, sekarang bukan nak cerita yang empunya sedang berposing tu, abaikan je dia...dia tu memang kalau jumpa camera camtu lah jadinya..bajet je lebih..kononnye cun sangat ler tuh. Huuuuuu. Ok stop. Cantik kan pemandangan kat dalam pic tu. Cuba korang teka...tempat tu kat mana sebenarnya. Mesti tak tahu kan...sebab korang tu jakun tak pernah datang kuching. Hahahahah. Gurauan berbisa. Actually, kalau korang datang ke kuching nie memang tak sempurna lah percutian korang kalau tak singgah ke tempat nie. Nie lah namanya waterfront. Kalau sesiapa yang asal dari Muar AKA Muo tuh, tempat nie lebih kurang macam Tanjung Mas lah. Tempat famly berkumpul hujung minggu...dan yang paling best, kat sinie lah tempat anak anak muda ber-DATING. Hukhukhukhuk. Kesian anak anak muda kita. Banyak yang jauh tersasar dari landasan sebenar. Ngeeeeeee. Tu peringatan tu. Ok. Berbalik pada cerita kita yang tadi...waterfront nie destinasi wajib bila korang singgah kat bandar kucing nie taw. Huuuuu..dan bangunan cantik kat belakang tu lah namanya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Cantik kan ??? Nie korang baru tengok kat dalam pic, kalau korang datang sendiri kat sinie mesti korang teruja gila untuk meneroka keindahan tempat tempat menarik kt Sarawak nie. Dan korang boleh rasakan momentum momentum yang indah bila berada di sinie. Huuuuu.

Sarawak nie negeri kaya sebenarnya. First time aku datang sinie, aku tertanya tanya...betul ke apa yang aku nampak nie. Korang tahu apa yang aku nampak ??? Mesti korang nak tahu sangat sangat kan. Ok, tahun depan baru aku cerita k. Hahahah. Ceritanya begini ye anak anak, first time kot aku nampak round board yang besar gila macam padang bola sepak ada dekat sinie. Haaaa...kalau kat semenanjung kau hado...takdo kan. So diam diam, hahahaha. Tapi mewah gila kot..siap boleh bina banglo sejibik kat tengah tengah. Sorry bukan sejibik tapi sebijik, hahahah. Bahasa anak muda sekarang kau kena paham. Kamilah perosak bahasa, weeeeeee. Haaaaa...macam tulah ceritanya, memang terbukti Kuching Sarawak nie bandar kekayaan. Kalau korang tengok kat tepi tepi jalan tuh, rumah semua besar besar..banglo dua tiga tingkat, nak yang besar macam istana pun ada kau..huuuuu. Aihhhhhh, kalau nak disimpulkan pengalaman berada kat tempat tempat di negeri Sarawak nie memang banyak, dan kalau nak diceritakan semuanya...sampai aku graduate pun tak sudah sudah ceritanya. Hahahah.

Tapi itu kemanisannya sepanjang berada di bumi kenyalang nie. Adat lah kita sebagai seorang manusia, dalam manis ada pahitnya...dalam madu ada racun berbisanya. Cewahhhhh..hahah. Hmmmmmm...pahitnya bila terpaksa berada jauh dari pandangan mata ibu dan bapa. Memang lah ada yang kata seronok sebab bebas. Tapi bagi aku apa maknanya bebas kalau perlu berada jauh dari mama dan abah. Mama....abah.....adik rindu, hmmmmm. Rasa macam nak balik Johor sekarang jugak. Tapi demi tuntutan tanggungjawab untuk menuntut ilmu, aku tahu dan aku sedar aku perlu terus cekalkan hati dan terus bina semangat untuk menempuhi ranjau kehidupan bersendirian merantau di negeri orang. Pengalaman mengajar kita erti kecekalan. Pengalaman pahit sebagai seorang student bila kena halau dengan lecturer daripada kelas, pengalaman tu aku dah lalui sepanjang bergelar siswi UNIMAS. Itulah pengalaman pertama aku, dan selepas daripada itu aku berusaha untuk tidak mengulangi perkara yang sama. Tapi tu semua perkara biasa sebagai seorang pelajar universiti. Hukhukhuk...tak pe, itu pengalaman berguna. Sentiasa belajar dari kesilapan dan jangan pernah mengulangi sebuah kesilapan yang serupa..betul tak..heeeeee.

Hmmmmm, ok lah. Rasanya cukup sampai disini coretan berguna aku nie. Berguna ke. Hahahah. Kira berguna jugak lah, sebagai panduan hidup..heheheh. Ok lah...sebelum aku mengundur diri. Sentiasalah aku nak mengingatkan diri aku sendiri terutamanya. Setiap langkah yang kita lalui, apa pun yang kita lakukan, dan dimana pun kita berada sentiasa ingat kita sebenarnya menumpang dibumi Allah, dan lakukan lah setiap benda tu dengan seikhlas hati kerana Allah swt. Tawakaltualallah...insyaAllah kita akan memperoleh keberkatan. Amin..InsyaAllah. Sekian Wasalam. Assalamualaikum... :)

No comments:

Post a Comment